Manchester City akan menutup kempen pramusim persiapan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan menentang West Ham United di Iceland pada 4 Ogos. Pada musim panas ini perlawanan 'Super Match' akan berlangsung di Stadium Laugardalsvollur di Reykjavik pada pukul 2 petang waktu tempatan Iceland dan memberi peluang kepada pasukan Pe Guardiola persiapan terakhir sebelum memulakan musim baru 2017/18 seminggu kemudian.

City dan West Ham telah bertemu tiga kali pada musim 2016/17 dengan the Blues menang ketiga-tiga perlawanan dan menjaringkan 12 gol termasuk kemenangan besar 5-0 di Stadium London pada pusingan ketiga Piala FA.

Perlawanan itu nanti akan memberi peluang kepada para peminat City melihat aksi bekas hero mereka, Pablo Zabaleta menyarung jersi lawan. Pemain pertahanan Argentina itu telah meninggalkan Stadium Etihad untuk menyertai the Hammers musim panas ini selepas sembilan tahun bersama the Citizens secara perpindahan percuma.



"Kami amat teruja mengumumkan dua kelab ternama Liga Perdana Inggeris akan beraksi di hadapan para peminat bola sepak Iceland, "ujar Guoni Bergsson, Presiden Persatuan Bola Sepak Iceland.

Pengurus Manchester City, Pe Guadiola berkata:" Kami tidak sabar untuk beraksi menentang West Ham, dan mengunjungi bandar hebat Reykjavik.

"Iceland adalah negara indah dan ia satu penghormatan buat kami membawa pasukan kami ke sana menikmati pemandangan dan budaya, bertemu masyarakat di sana dan menghibur para peminat.

"Kami tahu bola sepak Inggeris digemari oleh para peminat bola di sana dan kami telah menerima sambutan menggalakkan ketika kami telah bermain di sana di masa lalu.

"Perlawanan ini satu peluang keemasan dan kami tidak sabar untuk mempersembahkan permainan menarik kepada pada penyokong kami. Manchester City dan West Ham telah beraksi dalam beberapa permainan menarik musim lalu, dan perlawanan kali ini tiada bezanya.

"Ia akan membantu persiapan pramusim kami dan ia amat penting buat kami menambah baiki pasukan kami dalam bersedia menghadapi musim baru."

Tiket akan mula dijual pada 22 Jun. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Super Match: http://thesupermatch.com